SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, KONSEP PERUNDANGAN ISLAM (part 1)

KONSEP PERUNDANGAN ISLAM


  • Undang-undang Islam merupakan suatu perundangan yang menyeluruh, sempurna dan merangkumi aspek kehidupan di dunia dan di akhirat.
  • Perundangan Islam tidak digubai oleh mana-mana badan atau mahkamah, bahkan ianya datang dari Allah s.w.t.
  • Mengenepikan Perundangan Islam hanya akan mendatangkan kerugian kepada umat manusia, kerana Perundangan Islam ditetapkan bertujuan membawa rahmat kepada umat manusia seluruhnya.
Fiman Allah dalam Surah Al-Anbiya' ayat 107:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Maksud: Dan tidaklah kami mengutus engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

  • Pembahasan Sejarah Perundangan Islam merupakan suatu bidang ilmu yang berperanan  menjelaskan mengenai sejarah dan pembentukkan Perundangan Perundangan Islam atau Fiqh Islam.
  • Perundangan Islam atau Fiqh Islam yang bersifat global merupakan suatu dasar yang selaras dengan matlamat serta konsep penciptaan manusia dalam apa juga keadaan atau tempat.
  • Ia juga melahirkan sikap toleransi antara individu dan persamaan taraf yang dapat membentuk dan memandu manusia ke arah kebaikkan dan mencegah kemungkaran.
  • Perundangan Islam juga bersesuian dengan tuntutan lahiriah, kehendak naluri, fitrah asal dan keperluan manusia.
  • Perundangan Islam boleh berubah menurut kehendak dan keadaan bagi menyelesaikan permasalah yang sentiasa timbul dalam istinbat hukum melalui konsep kemaslahatan, dasar umum syariat, adat dan 'urf. 

Comments

Post a Comment

Popular Posts