SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, KONSEP PERUNDANGAN ISLAM (part 1)
KONSEP PERUNDANGAN ISLAM
- Undang-undang Islam merupakan suatu perundangan yang menyeluruh, sempurna dan merangkumi aspek kehidupan di dunia dan di akhirat.
- Perundangan Islam tidak digubai oleh mana-mana badan atau mahkamah, bahkan ianya datang dari Allah s.w.t.
- Mengenepikan Perundangan Islam hanya akan mendatangkan kerugian kepada umat manusia, kerana Perundangan Islam ditetapkan bertujuan membawa rahmat kepada umat manusia seluruhnya.
Fiman Allah dalam Surah Al-Anbiya' ayat 107:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Maksud: Dan tidaklah kami mengutus engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
- Pembahasan Sejarah Perundangan Islam merupakan suatu bidang ilmu yang berperanan menjelaskan mengenai sejarah dan pembentukkan Perundangan Perundangan Islam atau Fiqh Islam.
- Perundangan Islam atau Fiqh Islam yang bersifat global merupakan suatu dasar yang selaras dengan matlamat serta konsep penciptaan manusia dalam apa juga keadaan atau tempat.
- Ia juga melahirkan sikap toleransi antara individu dan persamaan taraf yang dapat membentuk dan memandu manusia ke arah kebaikkan dan mencegah kemungkaran.
- Perundangan Islam juga bersesuian dengan tuntutan lahiriah, kehendak naluri, fitrah asal dan keperluan manusia.
- Perundangan Islam boleh berubah menurut kehendak dan keadaan bagi menyelesaikan permasalah yang sentiasa timbul dalam istinbat hukum melalui konsep kemaslahatan, dasar umum syariat, adat dan 'urf.
Hope this will help for those who are in need.
ReplyDelete