SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, KONSEP PERUNDANGAN ISLAM (part 6)
ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
- Zaman Rasulullah s.a.w
- Zaman Sahabat.
- Zaman Pembukuan Imam-Imam Mujtahid.
- Zaman Taklid atau Zaman Kebekuan dan Kebantutan.
Zaman Rasulullah s.a.w
- Iaitu zaman pertumbuhan dan pembentukkan undang-undang.
- Masanya ialah 22 tahun dan beberapa bulan.
- Iaitu sejak dibangkit menjadi Rasul pada tahun 610 Masihi sehingga wafatnya pada tahun 632 Masihi.
Zaman Sahabat
- Iaitu zaman pentafsiran dan penyempurnaan undang-undang.
- Masanya ialah kira-kira 90 tahun.
- Iaitu lebih kurang mulai dari kewafatan Rasulullah s.a.w pada tahun 11 Hijrah sehingga akhir abad Hijrah yang pertama.
Zaman Pembukuan Dan Imam-Imam Mujtahid
- Iaitu zaman perkembangan dan kematangan undang-undang.
- Masanya ialah 250 tahun.
- Iaitu mulai tahun 100 Hijrah sehingga tahun 350 Hijrah.
- Juga dianggap sebagai zaman keemasan bagi kemajuan perundangan Islam.
Zaman Taklid atau Zaman Kebekuan Dan Kebantutan
- Iaitu zaman kebekuan dan kebantutan.
- Masanya ialah mulai pertengahan abad yang keempat Hijrah.
- Iaitu mulai abad keempat Hijrah dan penghabisannya tidak diketahui melainkan Allah.
Comments
Post a Comment