SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, ZAMAN RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM (part 1)

PERINGKAT-PERINGKAT PERUNDANGAN


  1. Peringkat Rasulullah s.a.w berada di Mekah
  2. Peringkat Rasulullah s.a.w. berada di Madinah
Peringkat Rasulullah s.a.w berada di Mekah
  • Masanya lebih kurang dua belas tahun dan beberapa bulan. Iaitu bermula dari diutus menjadi rasul sehingga berlakunya hijrah ke Madinah.
  • Dalam peringkat ini bilangan umat Islam masih sedikit dan belum lagi merupakan satu bangsa dan belum mempunyai urusan-urusan sebuah negara.
  • Perjuangan ditumpukan kepada penyebaran dakwah tauhid kepada Allah dan memalingkan manusia dari menyembah berhala.
  • Orang Islam hanya mempertahankan diri dari ancaman golongan yang menghalang dakwah dan menyakiti baginda dan pengikut baginda.
  • Pada peringkat ini, tidak ada keperluan untuk menyusun undang-undang sibil, perdagangan dan sebagainya.
  • Dalam surah-surah yang diturunkan di Mekah tidak terdapat satu ayat pun yang berhubung dengan hukum-hukum amalan. Kebanyakkan ayat-ayatnya adalah mengenai kepercayaan, akhlak, contoh-contoh tauladan dari kelakuan dan tindakan orang-orang terdahulu.
  • Diantara surah-surah yang diturunkan di mekah ialah Surah Yunus, ar Radu', al Furqan, Yassin, al Hadid dan sebagainya.
Peringkat Rasulullah s.a.w. berada di Madinah
  • Masanya lebih kurang sepuluh tahun. Iaitu bermula dari tarikh penghijrahan sehinggalah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Dalam peringkat ini bilangan umat Islam semakin ramai sehingga merupakan satu bangsa dan mempunyai urusan-urusan sebuah negara.
  • Segala halangan terhadap dakwah Rasulullah s.a.w dapat diatasi.
  • Pada peringkat ini timbul keperluan untuk mengatur dan menyusun undang-undang yang berkaitan dengan perhubungan sesama manusia. Sama ada di waktu peperangan atau perdamaian.
  • Oleh itu, undang-undang seperti perkahwinan, perceraian, pusaka, hutang-piutang, hukum-hukum hudud dan sebagainya dapat disusun.
  • Dalam surah-surah yang diturunkan di Madinah mengandungi ayat-ayat yang berhubung dengan undang-undang di samping ayat-ayat yang berhubung dengan akidah, tatasusila dan kisah-kisah zaman terdahulu.
  • Di antara surah-surah yang diturunkan di Madinah ialah Surah al Baqarah, Ali Imran, an Nisa', al Maaidah, al Anfal, at Taubah, al Ahzah dan sebagainya. 

Comments

Popular Posts