SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, KONSEP PERUNDANGAN ISLAM (part 2)
PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM
Pengertian perkataan perundangan (at Tasyri') menurut bahasa:
Pengertian perkataan perundangan (at Tasyri') menurut bahasa:
- Jalan yang lurus. Iaitu jalan yang membawa atau memandu umat manusia ke arah kebaikkan kehidupan dan akal manusia.
- Sumber air yang mengalir atau mata air yang mana ia dikunjungi oleh manusia dan binatang dan seterusnya sumber air itu digunakan oleh manusia untuk memenuhi keperluan kehidupan, keselamatan dan fizikal mereka.
Pengertian perkataan perundangan (at Tasyri') menurut istilah syarak:
- Merangka peraturan-peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan syariat Islam.
- Pembentukkan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya dapat diketahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang mukallaf, serta apa yang berkaitan dengan hukum dan perintah terhadap mereka.
- Menjelaskan, menerangkan tentang hukum-hakam juga membentuk peraturan-peraturan atau undang-undang.
Berdasarkan pengertian tersebut, Perundangan Islam merangkumi hukum-hukum Allah terhadap seluruh perbuatan manusia, sama ada yang berbentuk halal atau haram, makruh atau sunat. Iaitu segala apa yang diwahyukan oleh Allah atau apa yang ditetapkan oleh Allah melalui wahyu yang disampaikan oleh rasulNya yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadith.
Pengertian Perundangan Dari Segi Istilah Agama dan Undang-Undang:
- Undang-undang yang diatur dan disusun berhubung dengan hukum-hukum perbuatan orang mukallaf, masalah-masalah serta peristiwa-peristiwa yang terjadi pada mereka.
Pengertian Perundangan Dari Segi Istilah Fuqaha:
- Segala hukum-hukum yang diperundangkan (disyariatkan) oleh Allah ke atas hambanya supaya mereka beriman, agar dapat membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
- Hukum-hukum tersebut dikatakan "syariat" kerana kedudukkannya yang lurus dan sistemnya yang benar serta tidak menyimpang dari tujuannya, seperti jalan yang lurus. Pengertian ini bolehlah disamakan dengan saluran air yang menjadi sumber minuman kerana air pun menjadi punca kehidupan bagi manusia, haiwan dan tumbuhan.
Comments
Post a Comment