SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, ZAMAN RASULULLAH S.A.W (part 3)
PUNCA PERUNDANGAN
- Wahyu Ilahi
- Ijtihad Rasulullah s.a.w
Wahyu Ilahi
- Bila berlaku sesuatu yang menghendaki hukum sama ada berupa perbalahan, kejadian, pertanyaan atau permintaan fatwa, maka Allah s.w.t.akan mewahyukan kepada RasulNya satu ayat atau beberapa ayat yang mengandungi hukum yang dikehendaki.
- Setelah itu Rasulullah s.a.w akan menyampaikan kepada kaum Muslimin apa yang diwahyukan kepada baginda. Samaada berupa jawapan atau teguran bagi masalah atau kejadian yang berlaku ke atas umat Islam.
- Jadi apa yang diwahyukan kepada baginda itu akan menjadi suatu undang-undang yang mesti ditaati dan dipatuhi.
- Contoh Wahyu Ilahi: Mengenai dengan minuman arak dan judi, Firman Allah dalan Surah al Baqarah ayat 219:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Maksud: Mereka bertanya engkau tentang hukum arak dan judi. Katakanlah bahawa arak dan judi itu terkandung dosa yang besardan faedah kepada manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari faedahnya.
Ijtihad Rasulullah s.a.w
- Bila berlaku sesuatu peristiwa yang memerlukan hukumnya, sedangkan Allah tidak mewahyukan kepada RasulNya ayat-ayat yang menerangkan hukum itu, maka Rasulullah s.a.w menggunakan ijtihad untuk mengetahui hukumnya.
- Hasil ijtihad inilah baginda menghukum, memfatwa dan menjawab permintaan fatwa.
- Jadi segala hukum yang terbit dari ijtihad Rasulullah s.a.w adalah menjadi undang-undang yang wajib ditaati di samping undang-undang yang datang dari wahyu Allah s.w.t.
- Contoh Ijtihad Rasulullah s.a.w... Diriwayatkan bahawa beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w ketika dalm pelayaran telah bertanya kepada Baginda:
"Kami belayar dalam lautan masin, kami tidak mempunyai air tawar yang cukup untuk diguna bagi air sembahyang. Bolehkah kami mengambil air sembahyang dengan laut?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Air laut itu suci dan halal bangkainya"
- Jadi segala hukum yang bersumberkan ijtihad yang diilhamkan Allah kepada RasulNya adalaha merupakan hukum-hukum Allah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w sama ada dengan perantaraan perkataan atau perbuatan.
- Adapun segala hukum yang bersumberkan ijtihad yang tidak diilhamkan oleh Allah adalah dianggap hukum-hukum nabi semata-semata dan hukum-hukum ini tidak disahkan oleh Allah kecuali hukum itu benar.
- Sekiranya ijtihad Rasulullah s.a.w menyimpang dari kebenaran, maka Allah membetulkan kesilapannya,. Seperti yang berlaku di dalam kejadian menebus tawanan perang.
- Jadi Perundangan Zaman Rasulullah s.a.w adalah merupakan perundangan Ilahi seluruhnya, kerana sumbernya ialah wahyu dari Allah dan ijtihad dari Rasulullah yang merupakan suatu pernyataan dari ilham Ilahi.
Comments
Post a Comment