SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, ZAMAN RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM (part 2)


PEMEGANG KUATKUASA PERUNDANGAN


  • Kuatkuasa perundangan hanya dipegang oleh Rasulullah s.a.w sahaja.
  • Tidak ada orang yang mempunyai kebebasan dan kewibawaan mengeluarkan hukum atau undang-undang kerana adanya Rasulullah s.a.w untuk bertanya.
  • Tidak ada seorang pun yang dibenarkan mengeluarkan fatwa dengan ijtihadnya dalam sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku kecuali ada pengesahan dari Rasulullah s.a.w sendiri.
  • Bila terjadi sesuatu kejadian, perselisihan atau pertanyaan umat Islam akan terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w dan dijawab oleh baginda.
  • Suatu pertanyaan dijawab oleh Rasulullah s.a.w dengan mengeluarkan satu ayat atau beberapa ayat al-Quran yang diwahyukan oleh Allah dan kadang-kadang dengan menggunakan ijtihadnya berdasarkan ilham dari Allah atau berdasarkan pendapat akal fikiran, penyiasatan dan penilaian baginda sendiri.
  • Segala hukum yang keluar dari Rasulullah s.a.w adalah merupakan undang-undang kepada seluruh umat manusia.
  • Oleh itu, pada zaman Rasulullah s.a.w tidak ada dua pendapat dalam satu kejadian dan tidak ada seorang pun di antara sahabat yang bebas dengan fatwa dan ijtihadnya.

Comments

Popular Posts