CARA PERUNDANGAN
Cara yang diikuti oleh Rasulullah s.a.w di dalam berpegang dengan sumber-sumber perundangan ialah:
- Bila timbul satu peristiwa yang berkehendak hukum atau undang-undang, maka Rasulullah s.a.w akan menunggu wahyu dari Allah yang berupa satu ayat atau beberapa ayat yang mengandungi hukum yang dikehendaki.
- Bila tidak datang wahyu, maka tahulah Rasulullah s.a.w bahawa perundangan telah diserahkan oleh Allah kepada ijtihad baginda. Lalu baginda pun berijtihad dengan berpandukan undang-undang Ilahi, penilaian kepada muslihat atau permesyuaratan dengan para sahabat.
Comments
Post a Comment