SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, KONSEP PERUNDANGAN ISLAM (part 5)
JENIS-JENIS PERUNDANGAN ISLAM
1. Perundangan Ilahi
1. Perundangan Ilahi
- Undang-undang yang telah diatur oleh Allah dengan perantaraan ayat-ayat Al-Quran dan undang-undang yang diilhamkan oleh Allah kepada RasulNya yang disahkan oleh Allah.
- Dinamakan perundangan Ilahi kerana dipandang dari segi punca dan sumbernya iaitu Allah s.w.t.
2. Perundangann Ilahi dan Perundangan Manusia
- Undang-undang yang telah diatur oleh ahli ijtihad Islam yang terdiri dari sahabat, tabi'in dan imam-imam yang mujtahid dengan bersandarkan nas-nas Al-Quran, Hadith, atau intisari dan tujuan-tujuan Al-Quran dan Hadith atau bersandarkan sumber-sumber yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan Hadith.
- Dianggap sebagai perundangan Ilahi kerana dipandang dari segi punca dan sumbernya.
- Dianggap juga sebagai perundangan manusia kerana dipandang dari segi tenaga ahli-ahli ijtihad yang menerbit dan mengeluarkannya.
Persamaan Dan Perbezaan Antara Perundangan Ilahi Dengan Perundangan Manusia
- Adapun persamaannya ialah dari sudut sumbernya, iaitu Al-Quran dan Hadith.
- Manakala perbezaannya adalah apabila dilihat dari sudut tenaga yang menerbitkan dan mengeluarkan hukum tersebut. Iaitu perundangan Ilahi dari Allah s.w.t dan juga Rasulullah s.a.w dengan ilham dari Allah s.w.t. Manakala perundangan manusia adalah dari manusia itu sendiri.
Comments
Post a Comment