SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, ZAMAN RASULULLAH S.A.W (part 5)

DASAR-DASAR AM PERUNDANGAN

  1. Beransur-ansur Di Dalam Perundangan
  2. Jimat Cermat Dalam Perundangan
  3. Mudah dan Ringan
  4. Perseimbangan Antara Perundangan Dengan Muslihat Manusia.
Dasar Beransur-ansur Di Dalam Perundangan
  • Sesuatu hukum itu tidak diperundangkan sekaligus atau serentak tetapi diperundangkan dengan beransur-ansur dan berasing-asing dalam masa dua puluh tahun dan beberapa bulan. Iaitu sekadar mengikut keperluan sesuatu kes atau kejadian yang berlaku. Sehingga tiap-tiap sesuatu hukum itu ada tarikh atau waktunya dan juga ada sebab-sebab istimewa yang menyebabkan hukum itu diperundangkan.
  • Tujuannya:
  • Untuk menyenangkan orang mengetahui undang-undang dengan perlahan-perlahan.
  • Agar dapat memahami hukum-hukum dengan sempurna apabila diketahui peristiwa yang menyebabkan timbulnya keperluan kepada diperundangkan hukum-hukum itu.
  • Contohnya:
  • Pada permulaan Islam, orang Islam tidak diwajibkan bersembahyang lima kali sehari semalam dengan rakaat-rakaatnya yang tertentu, bahkan mereka mula-mula disuruh bersembahyang begitu sahaja di waktu pagi dan petang.
  • Zakat dan puasa tidak diwajibkan melainkan setahun selepas Hijrah.
  • Arak, judi, cara nikah kahwin yang karut, riba dan cara bermuamalat yang salah dan diamalkan di zaman jahiliah tidak diharamkan serentak, kecuali sesudah Islam berdiri tegak di Madinah.
Dasar Jimat Cermat Dalam Perundangan

  • Sesuatu hukum yang diperundangkan oleh Allah dan RasulNya hanya sekadar memenuhi keperluan dan kehendak kes-kes atau kejadian yang berlaku sahaja.
  • Tidak ada hukum yang diperundangkan untuk menyelesaikan masalah yang belum berlaku atau mungkin akan berlaku.
  • Dasar ini berbukti di dalam tegahan Al-Quran dan Hadith yang melarang kaum Muslimin dari banyak bertanya atau mengemukakan persoalan yang menghendaki suatu perundangan.
  • Selain itu sudah menjadi dasar undang-undang Islam bahawa asal tiap-tiap sesuatu itu adalah harus (halal tidak ditegah) dan setiap perkara yang belum ada hukum, ia akan kekal dalam sifat Mubah.
  • Tujuan:
  • Untuk memenuhi keperluan orang ramai dan menjaga kepentingan-kepentingan mereka. 
  •  Agar dapat memahami hukum-hukum dengan sempurna apabila diketahui peristiwa yang menyebabkan timbulnya keperluan kepada diperundangkan hukum-hukum itu.
  • Contohnya:
  • Pada permulaan Islam, orang Islam tidak diwajibkan bersembahyang lima kali sehari semalam dengan rakaat-rakaatnya yang tertentu, bahkan mereka mula-mula disuruh bersembahyang begitu sahaja di waktu pagi dan petang.
  • Zakat dan puasa tidak diwajibkan melainkan setahun selepas Hijrah. 
  • Arak, judi, cara nikah kahwin yang karut, riba dan cara bermuamalat yang salah dan diamalkan di zaman jahiliah tidak diharamkan serentak, kecuali sesudah Islam berdiri tegak di Madinah.
Dasar Jimat Cermat Dalam Perundangan

  • Sesuatu hukum yang diperundangkan oleh Allah dan RasulNya hanya sekadar memenuhi keperluan dan kehendak kes-kes atau kejadian yang berlaku sahaja.
  • Tidak ada hukum yang diperundangkan untuk menyelesaikan masalah yang belum berlaku atau mungkin akan berlaku.
  • Dasar ini berbukti di dalam tegahan Al Quran dan Hadith yang melarang kaum Muslimin dari banyak bertanya atau mengemukakan persoalan yang menghendaki suatu perundangan.
  • Selain itu sudah menjadi dasar undang-undang Islam bahawa asal tiap-tiap sesuatu itu adalah harus (halal tidak ditegah) dan setiap perkara yang belum ada hukum, ia akan kekal dalam sifat Mubah.
  • Tujuannya:
  • Untuk memenuhi keperluan orang ramai dan menjaga kepentingan-kepentingan mereka.
  • Oleh sebab tiap-tiap zaman menumpukan perundangannya di dalam lingkungan kepentingan zaman itu sahaja supaya generasi yang akan datang tidak terhalang atau terganggu.
  • Contohnya:
  • Zakat harta tidak diwajibkan terhadap setiap individu, bahkan mereka yanng mampu sahaja, serta sebahagian kecil dari harta.
  • Pada zaman nabi tidak ada perundangan terhadap perkara yang belum pernah berlaku dan andaian hukum. Contohnya, Nabi s.a.w tidak mendirikan sembahyang sunat terawih secara berjemaah, kerana dibimbangi ia akan difardhukan.
  • Sembahyang yang diwajibkan terhadap umat Islam hanyalah sebanyak lima kali sehari semalam.
  • Cara membersihkan najis dalam syariat umat terdahulu adalah dengan dibuang bahagian yang terkena najis, sedangkan dalam perundangan Islam bahagian tersebut boleh disucikan.
Dasar Mudah Dan Ringan

  •  Semua hukum dan undang-undang yang disusun bertujuan untuk mendatangkan kemudahan dan keringanan kepada orang-orang Islam.
  • Tujuannya:
  • Untuk memberi kesedaran dan kesenangan kepada mereka untuk meninggalkan hukum-hukum pada masa kecemasan atau darurat.
  •  Agar dapat memberi keringanan dan kesenangan kepada umat Islam di dalam menunaikan perintah Allah.

  • Contohnya:
  • Dibolehkan sembahyang Qasar dan Jamak ketika dalam pelayaran.
  • Bertayammum sebagai ganti wudhu jika ketiadaan air ada darurat.
  •  Dibolehkan bersembahyang dengan cara duduk jika uzur atau sakit.

Dasar Perseimbangan Antara Perundangan Dengan Muslihat Manusia

  • Sesuatu hukum atau undang-undang menunjukkan bahawa Allah s.w.t mengenakan perintahNya adalah semata-mata untuk menjaga kemaslahatan dan memelihara kepentingan umat manusia.
  • Tujuannya:
  • Untuk memelihara muslihat dan kepentingan manusia, maka Allah s.w.t telah menentukan ada atau tiada hukum-hukum itu adalah bergantung kepada ada atau tiada sebab-sebab hukum itu.
  • Oleh itu ada kita dapati bahawa Allah s.w.t telah memansukhkan atau membatalkan sesetengah hukum yang telah diperundangkan olehNya kerana didesak oleh kepentingan mengubahnya dan seterusnya memberi kesedaran dan kesenangan untuk meninggalkan hukum-hukum pada masa kecemasan atau darurat.

  • Contohnya:
  • Allah telah mewajibkan menghadap ke Baitul Muqaddis di waktu sembahyang kemudian membatalkan perintah tersebut dan mewajibkan menghadap ke Ka'bah dalam sembahyang.
  • Allah s.w.t telah menentukan iddah isteri yang kematian suami selama setahun, kemudian membatalkan undang-undang tersebut dan menentukan iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.
  • Rasulullah s.a.w juga telah menegah menziarahi kubur, kemudian baginda mengharuskan semula. 





Comments

Popular Posts