SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, ZAMAN RASULULLAH S.A.W. (part 8)

HIKMAT AL QURAN DI TURUNKAN BERANSUR-ANSUR

Antara hikmahnya ialah:
  1. Ia diturunkan berdasarkan hajat, keperluan dan keadaan.
  2. Supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan.
  3. Bertujuan untuk memudahkan Nabi yang bersifat ummi khususnya serta semua kaum muslimin seluruhnya menghafaznya.
  4. Untuk menenangkan serta menetapkan hati baginda Rasulullah s.a.w.
  5. Untuk memudahkan kaum muslimin melaksanakan segala hukum dan perundangan yang ditetapkan secara mengambil pengajaran daripada Al Quran.
  6. Penurunan Al Quran secara berperingkat mengesahkan bahawa terdapat konsep Nasikh dan Mansukh.
  7. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman  dan perlaksanaannya dalam kehidupan.
  8. Untuk menunjukkan bahawa sumber Al Quran itu adalah Kalam Allah s.w.t. semata-mata dan bukannya ciptaan Nabi Muhammad s.a.w atau makhluk lain.

Comments

Popular Posts