IJTIHAD SAHABAT PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W
Di dalam hadith terdapat keterangan bahawa sesetengah sahabat telah berijtihad di zaman Rasulullah s.a.w dan pernah menyelesaikan beberapa perkara perselisihan dan seterusnya mengeluarkan hukum berdasarkan ijtihadnya sendiri.
- Seperti Sayyidina Ali Bin Abi Talib yang diutus sebagai hakim oleh Rasulullah ke Yaman. Sabda s.a.w:
"Semoga Tuhan akan menghidayahkan hati dan menetapkan lidahmu. Bila dua orang yang berguam berada di hadapanmu, maka janganlah engkau hukum sebelum engkau mendengar keterangan kedua pihak kerana engkau patut teliti di dalam pengadilan"
- Seperti Muaz Bin Jabal yang dikirim sebagai hakim ke Yaman, beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w:
"Bagaimana engkau akan menghukum apabila datang sesuatu masalah guaman yang tidak engkau dapati keterangannya sama ada dari Quran atau Sunnah rasulNya?" Muaz menjawab, "Saya akan berijtihad menggunakan fikiran saya", mendengar jawapan itu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Alhamdulillah Tuhan telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah s.a.w ke arah yang diredhai Allah dan RasulNya"
- Seperti Huzaifah Al Yamani yang diutus oleh Rasulullah s.a.w untuk mengadili perbalahan dua orang jiran tentang hak milik sebuah dinding yang mana masing-masing mengakui kepunyaannya.
- Seperti 'Amr bin al 'As yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan sabdanya:
"Berikan hokum pada kes ini", lantas 'Amr menjawab, "Bolehkah saya berijtihad menggunakan fikiran saya, sedangkan tuan ada di sini?" Jawab Rasulullah s.a.w "Ya! Boleh. Jika ijtihad engkau betul, maka engkau akan mendapat dua pahala dan jika tersalah, maka engkau akan mendapat satu pahala"
- Seperti Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Said al Khudri, berkata: "Dua orang lelaki bermusafir, setelah tiba waktu shalat, mereka bertayammum dan sesudah shalat lalu air pun ada. Salah seorang daripada mereka kembali mengambil wudhu dan shalat sekali lagi, dan seorang lagi tidak. Lalu mereka berjumpa Rasulullah s.a.w setelah Nabi mendapat tahu masalah kedua orang tersebut, Nabi pun berkata kepada lelaki yang tidak mengambil wudhu setelah shalat mengunnakan tayammum: "Kamu mengikut Sunnah, shalat kamu adalah sah". Kemudian Nabi berkata lagi kepada lelaki yang tidak mengulangi shalatnya dengan berwudhu setelah shalat dengan bertayammum: "Kamu mendapat dua kali pahala"
- Akan tetapi kejadian-kejadian kecil seperti contoh tadi tidak boleh dijadikan bukti, bahawa ada orang lain selain Rasulullah s.a.w yang memegang kuasa perundangan di zaman Rasulullah s.a.w.
- Perkara ini timbul kerana:
- Tidak ada tempat bertanya.
- Disebabkan jauhnya perjalanan
- Takut terluput waktu.
- Sesetengahnya juga merupakan penyesuaian atau tindakan mempraktikkan hukum-hukum yang ada dan bukannya merupakan suatu perundangan yang baru.
- Segala hokum yang terbit daripada ijtihad sahabat dalam sesuatu pengadilan atau kejadian tidak boleh dijadikan undang-undang yang mesti ditaati oleh umat Islam kecuali setelah diperkenan dan disahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri.
- Tidak ada dua pendapat dalam satu kejadian dan juga tidak ada seorang sahabat pun di zaman Rasulullah s.a.w yang bebas mengeluarkan fatwa dan ijtihadnya.
Comments
Post a Comment