Skip to main content
SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, ZAMAN RASULULLAH S.A.W (PART 9)
KESAN PERUNDANGAN DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W
- Zaman ini meninggalkan kesan yang sangat besar kerana telah meninggalkan nas-nas hukum di dalam Al-Quran dan Hadith dan meninggalkan beberapa dasar umum perundangan.
- Beberapa sumber dan dalil yang lain juga telah dijadikan sandaran bagi mengetahui perkara-perkara yang belum ada ketentuan hukumnya.
- Dari sumber perundangan pertama iaitu Wahyu Ilahi terbit ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran.
- Dari sumber perundangan kedua iaitu Ijtihad Rasulullah s.a.w. terbit hadith-hadith hukum.
- Kedua-dua sumber perundangan ini merupakan bahan-bahan perundangan yang ditinggalkan oleh zaman Rasulullah s.a.w dan menjadi undang-undang asasi bagi umat Islam.
- Sumber-sumber perundangan tersebut juga menjadi asas perundangan dan rujukan setiap ahli ijtihad Islam pada setiap masa.
- Bila terjadi sesuatu perkara yang boleh didapati hukumnya dengan terang dan tegas dari Al Quran dan Hadith maka ahli ijtihad tidak boleh melakukan ijtihad mereka.
- Akan tetapi jika sesuatu perkara tidak didapati hukumnya dengan terang dan tegas dari Al Quran dan hadith maka barulah ahli ijtihad boleh berijtihad. Dengan syarat mestilah berpandukan Al Quran dan Hadith, seperti mengqiyaskan dengan apa yang tersebut dalam Al Quran dan Hadith atau berpandukan intisari, tujuan dan dasar-dasarnya yang am.
- Jadi zaman Rasulullah s.a.w telah meninggalkan suatu perundangan yang lengkap dan sempurna serta dapat memenuhi keperluan umat manusia di mana jua.
Comments
Post a Comment