SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, ZAMAN RASULULLAH S.A.W (part 6)

PERBEZAAN AYAT MAKKIYAH DAN AYAT MADANIYAH


Antara ciri-ciri ayat Makkiyah:

  1. Surah yang terdapat padanya ayat yang menggunakan lafaz: Wahai sekalian manusia juga lafaz khitab: Wahai anak Adam. Keadaan itu kerana penduduk Mekah pada ketika itu belum beriman.
  2. Surah yang terdapat ayat Sajdah kecuali surah al Hajj. Antara rahsianya supaya menarik dan membiasakan manusia kearah bersujud kepada Allah daripada menyembah berhala.
  3. Surah terdapat kisah Nabi Adam dan Iblis kecuali Surah al Baqarah.
  4. Surah menceritakan lafaz Kalla yang mana ia selaras dengan kafir Mekah waktu itu yang bersikap keras dan angkuh.
  5. Surah dimulakan huruf singkat, contohnya: Alif Lam Ra, kecuali Surah al Baqarah dan Surah Ali 'Imran.
  6. Ayat menerangkan aqidah yang benar serta menggesa supaya menjauhkan daripada syirik.
  7. Ayat yang menjelaskan supaya beriman kepada Allah, sifat-sifatNya, RasulNya dan Hari Akhirat.
  8. Menjelaskan tentang akhlak mulia dan mencela perbuatan keji masyarakat Jahiliyah. Seperti saling berbunuhan dan menanam anak perempuan.
  9. Ayat Makkiyah kebiasaannya berbentuk pendek untuk memungkinkan Rasulullah s.a.w serta kaum menghafaznya dengan mudah.
  10. Ayat dan surah terdapat lafaz sumpah.
  11. Menetapkan dasar umum perundangan Islam.
Antara ciri-ciri ayat Madaniyah:
  1. Ayat mengizinkan berperang serta peraturan tentangnya.
  2. Menceritakan perbincangan dengan Ahli Kitab dan mengajak mereka menerima Islam.
  3. Surah dan ayat menyatakan tentang orang munafik, kecuali Surah al Ankabut.
  4. Surah membicarakan hukum amaliah, jenayah, hudud, pusaka dan kemasyarakatan.
  5. Ayatnya panjang serta memberi keterangan yang terperinci kecuali Surah al Nasr, Al Zalzalah dan Al Bayyinah.
  6. Menjelaskan tentang ibadat, muamalat, kekeluargaan dan hubungan antarabangsa.
  7. Ayat dimulakan dengan perkataan: Wahai orang-orang yang beriman, kecuali Surah Al Hajj.



Comments

Popular Posts