Skip to main content
SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, ZAMAN RASULULLAH S.A.W (part 10)
BILANGAN NAS-NAS
- Ayat-ayat Al Quran yang berhubung dengan ibadat dan jihad adalah kira-kira 140 ayat.
- Ayat-Ayat Al Quran adalah berhubung dengan muamalat, munakahat, jenayat, pengadilan dan saksi adalah kira-kira 200 ayat.
- Bilangan hadith-hadith hukum adalah kira 4500 Hadith.
- Kebanyakkan hadith-hadith berperanan untuk menjelaskan, menerangkan, menghuraikan, mengulas, mengesahkan dan menguatkan lagi dengan lebih lanjut hukum-hukum yang terkandung atau yang tidak disebutkan dalam Al Quran.
- Ayat-ayat hukum yang terkandung di dalam Al Quran tidaklah dihimpun di dalam satu surah sahaja. Bahkan disebut secara bercerai-cerai di dalam beberapa surah.
- Bagi hadith-hadith hukum pula, ianya telah dihimpun dan dikumpul oleh ahli-ahli hadith mengikut bab-bab yang tertentu.
- Pada masa ini ayat-ayat hukum dan hadith-hadith hukum telah dihimpun dan dikumpulkan mengikut bab masing-masing berserta pendapat-pendapat sahabat dan tabi'in dalam mentafsirkan nas-nas bagi tiap-tiap bab perundangan.
Comments
Post a Comment