SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM, ZAMAN RASULULLAH S.A.W (part 11)

GAYA BAHASA PERUNDANGAN

  • Terdapat berbagai-bagai gaya Bahasa dan ibarat yang digunakan dalam menerangkan hukum-hukum yang terkandung dalam ayat-ayat Al Quran dan Hadith yang telah diperundangkan.
  • Nas yang menunjukkan kepada haram dinyatakan dengan perkataan an Nahi (tegahan atau larangan) dan kadang-kadang dinyatakan dengan menyebut amaran-amaran siksa kepada orang yang melakukannya.
  • Nas yang menunjukkan kepada wajib dinyatakan dengan perkataan al Amr (perintah atau suruhan) dan kadang-kadang dinyatakan dengan menyebut amaran-amaran siksa bagi yang mencuaikan dan meninggalkannya. Kadang-kadang dinyatakan dengan perkataan Wajaba (wajib), Faradha (Fardhu), Kutiba (Wajib)
  • Sebab berlainan gaya Bahasa perundangan adalah kerana:
      • Diperundangkan di dalam berbagai-bagai waktu mengikut kesesuaian dengan kejadian dan peristiwa masing-masing.
      • Tiap-tiap peristiwa yang menghendaki penegasan hukum maka memerlukan kepada suatu gaya Bahasa yang munasabah baginya.
      • Untuk menerangkan perkara-perkara yang berhubung dengan iktikad, akhlak dan undang-undang.
      • Bertujuan untuk melemahkan manusia dari membuat ayat-ayat palsu.
      • Sebagai bukti kebenaran Rasulullah s.a.w.
  • Selain berlainan gaya Bahasa, sebahagian nas-nas Al Quran dan Hadith juga diikuti dengan kenyataan illat (sebab-sebab) hukum dan hikmat diperundangkan.
  • Sebahagian nas pula hanya menyebut hukum sahaja tanpa menyebut sebabnya.
  • Tujuan Allah menyebut hukum dan hikmat sesetengah hukum itu adalah untuk menarik pandangan bahawa hukum syarak bukan semata-semata ta'abbudi (perintah mengabdikan diri kepada Allah semata-mata) bahkan juga bersandarkan muslihat dan kepentingan umat manusia.
  • Dengan ini terbukalah pintu ijtihad untuk diperundangkan pada tiap-tiap perkara bagi memelihara kepentingan manusia dan juga untuk menghindarkan manusia dari melakukan kerosakkan.

Comments

Popular Posts